Tuesday, 8 September 2015

Yana Jalan-Jalan (Phuket-Krabi, Thailand)



Few Things You Can Do In Phuket And Krabi


Okay, pergi nya dah lama berbulan berlalu. So I'll just highlight on few things yang I ingat with links yang berguna for your information yang boleh korang guna sebagai panduan untuk korang rancang trip korang pulak. Okay? So here we go.

**please take note bahawa saya bukanlah manusia yang gemar menaip. so memang gambar yang akan lebih berbicara



First thing first, passport, tarikh passport apa semua cek! Jangan jadi macam aku time nak gi Singapore, lusa nak gi harini baru cek tarikh passport, sekali tak lepas derr. Tak memasal gi renew lelaju. Hahaaa #nangis .. Duit terpulanglah nak tukar semua siap2 atau tukar kat sana tapi kalau boleh tukar siap2 beberapa yang perlu terlebih dahulu for sure lah kan. Hahaa

Nak gi ni tempat2 berpantai kan? So silalah jangan lupa beli sunblock melainkan kau memang nak hitamkam diri hahaa. Make sure beli yang SPF tinggi sikit lah okey..



Flight aku malam, so gegedik sikit pakai baju tetebal. Hahahaa sejuk lah konon. Well naik AirAsia je, jimat, tak sanggup nak habiskan duit lelebih on flight yang sejam dua je ini. Lagipun duit tu boleh buat banyak benda lain lagi kan. Depends la kalau kau kaya, silalah sila.




Dah sampaii. Hotel kat Thailand ni memang murah2 and jauh lebih berbaloi berbanding di Malaysia. Hotel dia murah tapi da dapat yang jeni 3 4 bintang wehh

Ikut plan aku, first place aku visit is WAT CHALONG, some kind of tempat keagamaan orang Thai. Bangunan dia subhanallah, memang unik and cantik di mata aku.






Next is BIG BUDDHA. Masa aku datang ni, Big Buddha ni tengah underconstruction, nampak macam dieorg nak besar and majukan lagi tempat ni, kalau ikut plan pembinaan tu, memang nanti dia akan jadi makin lawa and luas lah nanti.

permandangan dari big buddha temple, nampak seluruh bandar Phuket subhanallah


Sejujurnya, after ke Big Buddha, aku pergi PHROMTHEP CAPE untuk tengok matahari terbenam. Tapi, well gambar dah tak de sebab iPhone6+ budak yang simpan semua gambar tu masuk air semasa kami di Emerald Pool,Krabi. Hahaaa #nangis lagi.

So sila lah klik kat link itu untuk kenal lebih lanjut tentang tempat ini. Lawa and sila pergi then turun hingga ke bawah okay. Aku siap gi lepak atas batu2 tajam dia lagi, ceh padahal merajuk bawak hati masa tu. Hahahaa kenangan betul tengok matahari terbenam dari atas batu tajam tu. Subhanallah cantik dia Tuhan je tahu. Sini aku kepilkan sekeping hasil ehsan Mr.Google.



Balik dah malam, duk bertekak-tekak dah, aku pun dah badmood sana sini mana tak nya badan penat berpeluh melekit apa semua. Hahaa so kita makan dulu!


taraaaaaaaaaa....


Ada kisah disebalik lobster ini. #nangis lagi dan lagi. Hahaaa. Tapi apa2 pun harga lobster kat sana memang lebih murah lah kalau nak dibandingkan dengan yang dijual kat KL tuh. Maklumlah sini tepi laut tepi pantai hehee. Alhamdulillah first time makan nih, tapi nak kata sedap sangat tak lah jugak kot bagi aku laaa,, hahaa

Next day.... Aktiviti wajib kalau dah ke Phuket and Krabi, tak lain tak bukan, PHI PHI ISLAND tour!



Phi Phi Don





Phi Phi Island ni ada dua pulau, Phi Phi Don and Phi Phi Leh. Yang ada orang duduk and beraktiviti cuma di Phi Phi Don, while in Phi Phi Leh ada laa dalam 14 orang stay sana untuk jaga pulau tu and yes for sure monkeys banyak kat sana. Hahaaa

Masa aku gi sana aku guna pakej Jupiter Tour. Memang puas hati lah for me sebab tour guide kiteorg yang bernama Lucky tu memang bagus gila and sangat friendly! Tapi bagi aku pakej2 ni semua jangan beli sekarang or book online, pergi dulu and survey kat sana then beli terus masa kat sana sebab kalau beli awal2 ni memang konpem kena ketuk kaw2 punya lahhh. Harga dia fuh cekik darah gila woo



Maya Bay

Pakej ni akan ambil masa dari pagi sampai ke petang, so di sebelah malam nya aku berjalan2 hingga ke BANGLA ROAD. Apa itu bangla road? Errrrr







Mungkin Bangla Road ni boleh didefinisikan sebagai ala2 area Bukit Bintang and Changkat laa kalau kat Malaysia. Beza nya sini niht club, aktiviti2 malam di sini more open gituu. Kat sini jugak ada je gerai2, kedai2 makan and even mall pun which is main mall di Phuket ni yang digelar Jungceylon, kira macam Pavilion gitu laa. Aku meninjau ke sana sambil2 cari tempat makan sebenarnya. Lapar wehh setelah seharian main air.

Tapi, as for me tak de masalah pun nak gi tinjau and jalan2 ke sini, since tempat ni is highlight place jugak di Phuket ni, lagipun bukan kau buat benda bukan2 or minum2 pun. Terpulang, ikut cara masing2, kalau rasa tak nak gi tak yah gi. Huhuu  (:

Next day.......

KRABI here I come!

Well, Krabi and Phuket ni adalah 2 tempat yang boleh lah dikatakan dekat. So, adalah sangat rugi if you go to Phuket without go to Krabi too or vice versa. Tapi depends la kalau kau memang nak pusing2 sampai pengsan satu tempat je then its okay, aku plak lebih suka pergi highlight places yang aku rasa kena dengan taste aku je.

Dari Phuket ke Krabi or sebaliknya, korang boleh guna jalan darat or laut, tapi seeloknya guna la jalan laut sebab memang akan lagi cepat sampai so tak de lah bazir masa. Mahal sikit tu standard la kot tapi tak de la mahal mana jugak sebenarnya aku rasa, well terpulang (:

Touch down Krabi, terus check in hotel, and siap2 nak keluar. Sewa motor apa bagai terus. We don't have much time. As for me, apabila kau holiday macam ni, penat ke apa ke tolong lah tolak tepi, kalau rasa holiday semata2 nak tidur hotel baik lah kau gi check in hotel KL tu aje takyah jauh2 datang bazir duit masa and tenaga terbang gi negara orang. Hahaahaa



So, tempat first aku tinjau di Krabi is TIGER CAVE TEMPLE. Tolong take note bahawa kau perlu daki about 1260 anak tangga untuk kau sampai ke atas sana. Papan tanda dalam gambar tu tak update, hahaa. Sila #nangis bersama aku. Penat jangan cakap lah weh, 2 3 kali gak la berhenti ambik nafas. Time nak turun, ketar2 dah kaki. Tapi lawan tetap lawan, maklumlah, bukan selalu, mungkin sekali seumur hidup!


Permandangan setelah mendaki 1260 anak tangga. What I can say is ianya berbaloi. Subhanallah cantik sangat2.


Pengembaraan untuk hari pertama di Krabi cumalah sampai di sini sebab sampai dah tengahari keluar pun da petang and nak tunggu naik ke atas then turun semula pun dah memakan masa but as for me aku sangat2 lah bersyukur I made it and manage untuk naik sehingga ke atas and aku tak pernah menyesal sakit kaki sebab naik ke sana, bagi aku, tak naik lagi menyesal!

Sebelah malam nya gi cari makan and barang2 di KRABI TOWN NIGHT MARKET. Okay, here the thing! Ketahuilah bahawa nak cari makanan halal di Krabi adalah lebih mudah berbanding di Phuket, tapi, Krabi lebih sunyi and tak happening macam kat Phuket. Bandar Krabi cepat 'mati' , pukul 9 ke 10 malam macam tu kedai2 dah banyak yang akan tutup. Tapi, barang2 di Krabi and makanan di sana juga jauh berkali2 ganda lebih murah berbanding di Phuket so here are the pros and cons lah.



The next day, destinasi nya ada dua which are EMERALD POOL (So Morakat)  and KRABI HOT SPRINGS (Klong Thom) kedua2 destinasi ni adalah dekat antara satu sama lain but a little bit far from pantai Ao Nang ye.

So aku pun tak pasti kenapa aku booked hotel kat Ao Nang coz aktiviti pantai dah pun buat masa kat Phuket, hahaa.. Oh ya, regarding the hotel, untuk hotel berdekatan Ao Nang, I really recommend you AONANG GOODWILL Hotel. Berbaloi2 hotel ni!

Dipendekkan cerita, handphone masuk air masa kat Emerald Pool ni maka terjadilah insiden kejar-mengejar cari kedai iPhone kat Krabi ni so tak de lah masa nya nak ke Krabi Hot Springs.. Kuangkuangkuang, #nangis jugak lagi sekali sebab iphone masuk air and sebab tak dapat pergi hot springs. hahahhaha


Lepak-lepak di Pekan Krabi setelah lelah menyelamatkan iPhone yang tak boleh diselamatkan, hahahha.. WAT KAEW TEMPLE KRABI ni terletak betul2 dalam area Krabi Town so pusing2 jumpalah ia.

Esoknya dah nak bertolak balik so petang tu kita ambil mood pulak main air tepi pantai, kutip cengkerang sambil menikmati matahari terbenam di pantai Ao Nang, cewahh


What I can conclude is both Phuket and Krabi ada cara and gaya serta tarikan tersendiri. As for me, pengembaraan yang singkat dan padat dengan aktiviti ini adalah satu pengembaraan yang sangat manis untuk dimemorikan.

Oh ye, Phi Phi Island tour lebih murah jika korang ambil pakej nya di Krabi since Phi Phi Island tu sendiri merupakan part of Krabi province which means lagi dekat lah dengan Krabi berbanding Phuket tapi maklumlah gegedik sikit ambik awal since melihat pada perancangan jadual yang aku dah buat.

Aku lebih recommend:

Korang jalan2 Phuket Krabi ni sendiri berbanding ambil tour guide.

Sewa motor is much better berbanding naik Tuk Tuk.

Beli apa2 juga pakej yang korang nak kat sini jangan beli awal2 or online.

Beli souvenir untuk mak bapak adik kakak abang tokwan cucu cicit korang and makan puas2 makanan signature Phuket Krabi masa kat Krabi bukan kat Phuket yang berlipat ganda harga nya (terutama kalau korang budget trip kan, makan tu jimat2 ajelah kat Phuket tu ye. hehe)

Kalau rasa risau tak tahu jalan, apa susah, beli sim card sana then online, WAZE kan hado. Sim murah and internet yang dia bagi tu cukup nye.

Untuk yang suka clubbing or kemeriahan Phuket is the one but for those yang sukakan ketenangan, Krabi is your thing.

XOXO



Monday, 7 September 2015

Yana Jalan-Jalan (Kuantan)



What can you do in Kuantan, Pahang?




Kula Cakes

Visit Kula Cakes and cuba kek dieorang! Jangan lupa snap gambar banyak2. Kula Cakes merupakan hipster cafe bertemakan open air yang famous di Kuantan! ;)



Masa datang ni dia baru nak bukak, so memang tempat ni aku yang punyalah cerita dia. Heheh





Jangan lupa try their signature cake which is Mango Cheesecake. Kula Cakes ni start open at 1pm if I'm not mistaken. So jangan lah berangan nak datang breakfast pulak kat sana macam saya ye? Hahaa




     



Seterusnya. Air Terjun Sungai Pandan

Tapi orang Kuantan familiar dengan nama Air Terjun Panching. Give it a try! Nak kata best sangat mandi-manda sana, tak lah jugak. Tapi air tejun dia subhanallah memang lawa. 







jambatan gantung. Feeling2 sat


Bagi yang sukakan alam sekitar and mandi-manda, this is highly recommended. But make sure jangan sesat and it is important for you to know jalan nak ke sana tu a little bit tricky and rosak sikit coz lori selalu keluar masuk. So have a safe drive.

Pantai Teluk Chempedak, TC

Pantai ni memang antara yang paling popular di Kuantan sebab Pantai nya dekat dengan bandar and jalan nak ke sana pun mudah, tak de lah nak sesat-sesat.


Masa datang sini, aku memang dah plan nak having breakfast tepi pantai. Sweet lah konon. Hahaa

Posing sikettt. Hahaha


Jangan lupa ambil gambar kat batu2 di sana untuk buat kelihatan seperti kau di planet lain. Bhahahaa





Jangan risau, TC ni ada banyak facilities dah sekarang. Boleh dikatakan sedang membangun macam tu lah. Starbucks, McD, KFC, Chatime and gerai2 kecil memang dah ada kat sini. Oh ye, btw jangan lupa jalan-jalan ambil angin atas jambatan yang ada kat sana. Subhanallah view dia memang lawa. Sesuai lah untuk orang-orang yang mencari ketenangan macam aku ni, Hahaa


Next is Kuantan River Cruise.

Okay KRC ni ada pakej2 dia. Masa aku pergi aku ambil pakej untuk ke Hutan Paya Bakau. Maklumlah, aku jalan-jalan dengan budak bandar yang susah nak jumpa hutan. So memang seperti yang aku sangkakan, tepat sekali, dia tak pernah masuk hutan paya bakau and tengok pokok2 bakau dari dekat nih. Huhuhuuu.

Terbang jahanam selendang woii

Masa dalam bot nanti, abang driver tu akan cerita banyak benda. So tanya lah macam2 soalan!
 Contohnya, kenapa bot dan kapal2 ni berbeza warna etc. 
Well, ada sebab dia sebenarnya tau! Aku pun baru tau. Hahahaa 

Dah sampaiii


Teka ini apa?




Harga untuk pakej yang aku ambil ni RM20 per person. Well korang boleh lah cari info lagi tentang harga pakej2 yang lain okay sebab aku punya style memang suka share gambar and kurang rajin menaip. Hahahaa.. And kebetulan aku tak take note sangat harga pakej2 lain yang ada. Maaf dong.

BTW, masa operasi dia da update okay, yang terbaru is from 9am to 9pm, setiap jam bot akan gerak. Tapi ingat, satu bot at least kena ada 5 orang. Baru bot akan gerak, if not terpaksa la korang tunggu orang lain strangers yang nak tak cukup orang macam aku or kalau kayo nan hado, sila lah bayar untuk 5 kepala and buat lah bot tu macam private bot korang. Heee



Lila Wadi

Lila Wadi ni tempat makan yang boleh kata famous laa kat Kuantan, ajet2 hipster gitu. Hahaaa







Kula Cakes tu is branch from Lila Wadi, so cakes yang ada di Kula Cakes selalunya memang akan ada di Lila Wadi and yes Lila Wadi ni ada dua kat Kuantan ni. Main branch dia dekat Jalan Teluk Sisek which is menghala ke TC. Tapi aku lebih recommend branch yang aku gi ni, kat Indera Mahkota. Sebab lebih tenang. Time aku gi yang kat Teluk Sisek tu ya rabbi ramai sampai tak cukup meja and kena queue tunggu meja weh.

Siapakah Lila Wadi? Tidak, dia bukan siapa, Lila Wadi merupakan sejenis bunga kemboja Thai bukan orang. Hahaaa


Dinner Bawah Pokok




Nama tempat ni aku tak ingat. Tapi tak pe, otw ke TC tu korang pandangg je belah kiri nanti jumpalah tuu. Hahaaa

Btw, aku buat blog ni saja suka2, so seperti sedia maklum aku ni xde lah rajin mana nak menaip apabila belum datang mood nya. Hahaaa. So maaf lah for lacking of informations and yes if you love the pictures do follow me on Instagram @nurulhaswaliana .

XOXO